Jumaat, 8 Jun 2012

Penantian Rakyat

Kita diajar oleh Rasulullah SAW bahawa, jangan kita bergembira diatas musibah walaupun berlaku keatas musuh kita. Juga kita tidak diajar merancang supaya orang atau pihak lain terkena musibah. Kita diajar selamat dan menyelamat. Dan itulah Islam.

Saya dapati, hasil dari ceramah di Padang Majlis Perbandaran Islam Ketereh malam tadi nampaknya menghasilkan rakyat tertunggu-tunggu supaya Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi dikenakan panggilan 'paksa' ke mahkamah Perancis dalam isu kapal selam.

Nampaknya, watak-watak rakyat ini tidak betul kerana sedang menunggu atau mengharapkan musibah keatas diri Najib dan Zahid Hamidi. Sedangkan Islam mengajar supaya kita membantu mereka yang dikenakan musibah. Dalam hal ini Najib terkena musibah dan perlu dibantu. Besar musibah jika benar akan dipanggil memberi keterangan di mahkamah Perancis.

Nampaknya rakyat bergembira jika demikian. Bagaiman sikap kita ?. Termasuk dalam golongan zalimkah kita jika begitu sikap kita. Untuk jawapan mudah, Najib telah 'dipalit' dengan rasuah. Benarkah beliau rasuah? Isu kapal selam yang menjadi perhatian rakyat telah di buka di Padang Majlis Perbandaran Islam Ketereh malam tadi. "Oh dahsyat mereka pemimpin kita !" keluh mengeluh rakyat.

Ribuan rakyat sekitar 30 ribu mengharapkan Najib diadili. "Diadili". Ya, itulah jawapannya. Bukan nak bergembira dengan kes Najib tetapi nak adili Najib dan Zahid Hamidi yang telah lupa diri sebagai orang yang dimanah tetapi telah lari dari landasannya. .Dengan diadili, maka itulah jalan menyelamatkan mereka supaya tahu da rasa tinggi rendah langit yang bukan ciptaan mereka ini

Rakyat menunggu. Kata orang Kelantan, "aku kenen" atau "aku suka", "aku rela" Najib dan Zahid Hamidi dihukum kerana Najib khususnya telah menganiayai rakyat Kelantan ! "Aku kenen" atau "aku suka" atau "aku rela" adalah bentuk-bentuk doa rakyat kepada Najib dan Zahid Hamidi. Kenakah mereka ? Dimana saja rakyat berdoa, "insyaAllah, kena kali ini". Hanya cara ini untuk menyelamat dan menginsafkan mereka.

UMNO sudah lama tak terkena musibah. Perpecahan dalaman 1998 Mahathir - Anwar, sebelumnya Mahathir - Razaleigh, sebelumnya Mahathir - Musa dan pernah UMNO diharamkan. Hati kecik saya menjangkakan bahawa kali ini UMNO, Najib dan Zahid Hamidi akan kena kerana takkan selalu babas dan bebas. Mereka bukannya kebal sepanjang zaman !.

Rabu, 6 Julai 2011

BERSIH...bukan senang

Bila melihat akhbar Utusan Malaysia hari ini yang melapurkan bahwa pihak kabinet membuat keputusan tidak membenarkan BERSIH mengadakan perhimpunan di lokasi sekitar Kuala Lumpur walaupun distadium kemudian diikuti dengan perintah supaya pihak BERSIH memohon permit dengan pihak PDRM dengan bayangan berbagai syarat maka hati terdetik dihati saya, "kuat UMNO tekan rakyat....jahat UMNO"

Bererti, bukan senang nak berdepan dengan sebuah kuasa. UMNO - BN yang amat takutkan BERSIH akan menggunakan berbagai cara untuk menghalang BERSIH. Suatu tindakan yang releven dari UMNO - BN demi mampertahan kuasa pemerintahannya.

UMNO - BN benar dan BERSIH pun benar. Kuasa mesti dipertahankan dan bagi BERSIH yang ada didalamnya PR mesti berusaha untuk mendapatkan kuasa kerana mereka amat mengenali lawan mereka itu. Tinggal lagi siapa yang cerdik dalam situasi ini.

Nampak susah sangat, buat ditempat masing-masing ( Kelantan, Kedah, Selangor dan Pinang ) lalu gerakkan pendokong ke lokasi yang ditetapkan. Pimpinan pula ditentukan ketempat yang dilutuskan bersama. Tentu kerajaan negeri akan beri sokongan dengan membuka pintu stadium masing-masing kerana ingin menyahut dan patuh kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.

Ada kebaikan kerana emosi diolah dengan teratur. Emosi terkawal ! ...insyaALLAH. Tidak baik andainya emosi orang beriman di 'monitor' oleh yang bukan beriman !

Jumaat, 16 April 2010

Kelantan Delights

Kelantan Delights.... Tahniah !!!

Tahniah kepada sahabatku Tuah Junaidi Al-Melori.


Syukur...Tidak keterlaluan jika saya katakan, apa yang anda lakukan saya tak dapat lakukannya. Dengan kebolehan, keistimewaan anda, muncul "Kelantan Delights" dipersada bumi bertuah Malaysia ditengah-tengah kota KL. Ini suatu anugerah dari Allah SWT.


Tuan punya Kelantan Delights ini berasal dari Melor, pekan yang terletak lebih kurang 20 kilo dari Kota Bharu kini menetap di bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengenali Tuan Junaidi sejak tahun 1977. Saya ketika itu di tingkatan 3 di Sekolah Menengah Putera, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab dan Tuan Junaidi di tingkatan enam di Sultan Ismail College, Jalan Telipot, Kota Bharu.


Selalu bersamanya dengan sahabat-sahabat lain seperti Dato' Wan Fauzi Wan Husin Semerak, Saudara Cikgu Burhan Selising [ kini di Sabah ], Saudara Cikgu Kamarul Bahrin Pasir Puteh dan lain-lain di rumah sewa Pak Haji Soh Lorong Merican. Kelantan Delights, seumpama di tanah suci Mekah, di hujung Bukit Ajyad Sud, bukit sebelah Timur berhampiran Masjid Haram terdapat 'Bukit Kelantan' dan 'Masjid Kelantan'. Saya pernah tinggal disini selama 4 tahun semasa sewaktu belajar 'cara pondok' [ talaqi ] dengan guru-guru orang Melayu di Ajyad Sud dan di Masjidil Haram pada tahun 1986 sehingga 1999.


Kalau anda ke Mekah, jangan lupa untuk ke Ajyad Sud sepertimana anda ke Kuala Lumpur jika anda ingin merasa masakan Kelantan silalah ke Kelantan Delights. Di Bukit Kelantan ini akan anda temui orang Kelantan dan masakan Kelantan di Mekah. Suatu perkara lagi yang menjadi kebanggaan saya diatas usaha Tuan Junaidi ialah beliau melakukan kerja-kerja membuat kebajikan terhadap insan yang terlanjur dan dianiayai. Saya pernah menghubungi beliau, mengucapkan tahniah... saya berbangga dengan usahanya dan mahu belajar darinya.


Ramai masyarakat yang pandai menuding jari mencari kesalahan insan yang terlanjur dan dianiayai ini tapi tidak cuba merancang melakukan sesuatu yang terbaik untuk bersatu bersefahaman berjihad berkebajikan sesama insan. Islam adalah rahmat untuk sekelian manusia.


Tentukan perjalanan hidup kita bersama rahmat anugerah Allah ini. Bangga....tapi dalam masa yang sama saya malu kepada diri sendiri kerana saya tidak mampu untuk berkebajikan kepada bangsa Melayu yang terlanjur. Sekali lagi tahniah kepada Tuan Junaidi. Saya ingin mencontohinya. Saya kini sedang membina sebuah masjid diatas tanah milik saya iaitu, Masjid Uthmani. Terlalu awal untuk saya sebut apakah rancangan seterusnya yang ada kaitan dengan pembinaan masjid ini. Jika saya dapat menyiapkan masjid ini dalam masa yang terdekat, alangkah syukurnya.


Apa yang dapat saya sebutkan disini, bahawa disebelah tapak Masjid Uthmani ini terdapat dua institusi pengajian iaitu Sekolah Menengah Agama Darul Ulum Al-Muhammadiah dan Madrasah Tahfiz Nahdah Islahiah. Besarlah harapan agar pelajar-pelajar di kedua institusi ini beramal dan mengimarahkan Masjid Uthmani suatu hari nanti.


Ada yang mencadangkan supaya saya 'buka pondok'...sistem pengajian traditional. 'Buka pondok', suatu program yang amat sinonim dengan pembinaan masjid. Saya merasakan suatu kebaikan. Cuma hari ini saya tidak membuat keputusan demikian. Bidang pendidikan menjadi minat saya. Apa tidaknya, ianya suatu bidang yang amat sinonim dengan penyebaran agama Islam.


InsyaAllah, saya akan buat sesuatu di sini yang berkaitan dengan pendidikan.... tapi terlalu awal untuk diumumkan disini. Yang pentingnya siapkan Masjid Uthmani dulu. InsyaAllah. InsyaAllah...di sepanjang perjalanan ini, kita bina masjid dulu. Kepada sahabatku Tuan Junaidi harap sebagai sahabat lama boleh tolong hantar dana ke Kelantan, tumpah darah kita. InsyaAllah.


Untuk keterangan lanjut tentang Masjid Uthmani, anda boleh layari di: http://www.masjiduthmani.blogspot.com/ atau http://www.luvalislam.com/ atau http://www.masjiduthmani.com/


atau hubungi saya di FB: Ustaz Fikri Kelantani / FB: Masjid Uthmani.


...Alhamdulillah.


Isnin, 12 April 2010

Sabtu, 3 April 2010

PERJALANAN MENUJU.....'Ila Rabbi'

Perjalanan Menuju ....ila Rabbi / Rabbuna Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sesungguhnya kita dalam suatu perjalanan. Setiap individu, ada perbezaan dan mungkin ada persamaan saat mulanya perjalanan ini.


Hakikatnya, perjalanan ini semuanya bermula sejak manusia pertama Nabi Adam A.S. Perjalanan baginda telah berakhir disini dan kini setelah berpindah. Baginda dalam nikmat bersama rahmat Allah S.W.T. yang dijanjikanNya.


Ini keyakinan kita. Kita semua, seumpama sedang menaiki sebuah kenderaan. Kenderaan bukan milik sendiri yakni kepunyaan orang lain. Oleh kerana kepunyaan orang lain maka ada perjanjiannya.


Bagaimana adab dan hukum menaikinya dan dimana perhentiannya. Sampai masa, mahu tidak mahu kita terpaksa turun. Dalam perjalanan, jika melanggari dan menyalahi adab dan hukum menumpang kenderaan maka kita ada hak ditegur, dimarahi dan dihukum.


Akhirnya dipaksa turun. Begitulah perumpamaan perjalanan kita menuju 'ila Rabbi'